Welcome to my blog :)

rss




I made this widget at MyFlashFetish.com.




Khamis, 4 Februari 2010

MeNjiWai 1 MaLaYsia


Sejumlah 10 kali menyertai perbarisan Hari Merdeka pada pagi 31 Ogos sebahagian besar diadakan di Dataran Merdeka.Penyertaan itu adalah sumbangan kecil selaku rakyat Malaysia. Semangat jati diri berkembang dalam tempoh masa itu. Pelbagai kaum menyaksikan dan menyertai perbarisan.Tergambar dalam fikiran erti kedaulatan negara dan erti muhibah ataupun perpaduan.Saya dapat menjiwainya erti kemerdekaan. Mengapa kita perlu bersatu padu? Kiasan yang boleh diberikan ialah mengapa setiap pasukan perbarisan bersungguh memperlihatkan persembahan terbaik? Mengapa 110 ahli setiap perbarisan begitu harmoni melangkah dengan bersemangat waja? Ini adalah kerana mereka bersatu padu menjayakan objektif dan matlamat pasukan dan menjiwai tema dan matlamat sambutan Hari Kemerdekaan. Ini juga mengambarkan setiap ahli perbarisan bersatu jiwa demi negara yang tercinta. Walaupun perbarisan hari Kemerdekaan dilakukan sebagai simbolik jati diri dan muhibah, ianya mendorong rakyat Malaysia bersatu padu menjunjung kedaulatan negara melalui ikrar keamanan 1 Malaysia. 365 hari setiap tahun hanya satu hari kita menyambut kemerdekaan.Baki 364 hari perlu disuburi dengan RUKUNEGARA. Setiap hari kita berdoa kepada Allah agar Malaysia diberikan rahmat melalui kehidupan yang harmoni dan rakyatnya yang berbilang kaum bersatu padu dan dimurahkan rezeki. Saya mensyorkan : Di setiap sekolah dan IPT perlu ada program 'Jasa mu dikenang' untuk menghargai pemimpin-pemimpin negara. Maksudnya, program patriotik senantiasa menyuburi persekitaran institusi ilmu. Di setiap komuniti, perlu menyuburi etika baik di kalangan remaja. Bimbing mereka ke arah menghormati orang dewasa dan memelihara keindahan persekitaran tempat tinggal. Dorong mereka mencintai ilmu kerana ilmu mematangkan diri. Bawa mereka menyertai aktiviti yang dianjurkan agar dapat mereka menjiwai erti kemasyarakatan. Mereka tidak sahaja diajar menjalankan tugas tetapi menggalas tanggungjawab. TANGGUNGJAWAB ertinya pengorbanan. Di setiap organisasi, perlu ada perpaduan dan elakkan pergeseran sesama sendiri. Bersatu dahulukan rakyat dan dalam masa yang sama mencapai prestasi cemerlang dalam organisasi. Perbagai kaum rakyat Malaysia tinggal selangit di bumi Malaysia menjiwai 1 Malaysia bererti kita bersatu padu, saling hormat menghormati, elakkan pergeseran yang berpanjangan, menghayati erti RUKUNEGARA dan mengutamakan keharmonian bangsa Malaysia.

Sumber:www.1malaysia.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan